Amalan Dan Cabaran Pengurusan Biodiversiti Hutan Oleh Pihak Berkepentingan: Kajian Kes Di Tasik Kenyir

dc.contributor.authorSidik, Norhidayu
dc.date.accessioned2021-03-22T06:31:35Z
dc.date.available2021-03-22T06:31:35Z
dc.date.issued2019
dc.description.abstractKebanyakan negara membangun termasuklah Malaysia, pihak kerajaan sebagai sebahagian daripada pihak berkepentingan telah memberikan komitmen yang tinggi untuk mengurus dan menangani isu biodiversiti hutan. Bagi kajian kes biodiversiti di Tasik Kenyir, matlamat utama kajian adalah untuk meneroka amalan pengurusan biodiversiti hutan oleh pihak kerajaan. Khususnya, ia bertujuan untuk menjelaskan tentang bentuk mekanisme pelaksanaan peraturan regulatif yang diamalkan di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti fungsi aktor formal dan tidak formal serta untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh aktor-aktor ini. Kajian kualitatif ini menggunakan teori analisis institusional dan pembangunan (AIP) dan data primer dikumpulkan dengan menemu bual sembilan orang informan yang terdiri daripada kakitangan kerajaan di negeri Terengganu. Di samping itu, data sekunder juga diperoleh daripada dokumen rasmi kerajaan dan laman sesawang rasmi kerajaan serta bukan kerajaan. Analisis kajian menunjukkan terdapat tiga bentuk mekanisme peraturan regulatif pengurusan biodiversiti hutan yang diamalkan di Tasik Kenyir. Amalan pengurusan tersebut merangkumi bidang kuasa domestik pada peringkat negeri dan persekutuan serta bidang kuasa antarabangsa pada peringkat antarabangsa. Kajian ini mendapati bahawa fungsi aktor formal terbahagi kepada fungsi politik dan fungsi agensi.en_US
dc.identifier.urihttps://umt-ir.umt.edu.my/jspui/handle/123456789/14681
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectSD 235 .M37 N62 2019en_US
dc.titleAmalan Dan Cabaran Pengurusan Biodiversiti Hutan Oleh Pihak Berkepentingan: Kajian Kes Di Tasik Kenyiren_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 2 of 2
Loading...
Thumbnail Image
Name:
SD 235 .M37 N62 2019-Abstract.pdf
Size:
534.7 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
No Thumbnail Available
Name:
SD 235 .M37 N62 2019-Full Text.pdf
Size:
13.52 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: