Kesan Intervensi Program Berjalan Kaki Terhadap Motivasi Diri Dalam Aktiviti Fizikal

dc.contributor.authorNormar Binti Ali
dc.date.accessioned2019-10-13T08:40:08Z
dc.date.available2019-10-13T08:40:08Z
dc.date.issued2014-06
dc.description.abstractKajian dijalankan bagi mengkaji kesan penetapan matlamat dan penggunaan pedometer bagi meningkatkan motivasi diri ke arah lakuan aktiviti fizikal melalui intervensi program berjalan kaki selama lapan minggu. Kajian eksperimen ini dijalankan dalam kalangan guru pelatih KPLI Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu. Seramai 50 orang responden terlibat secara sukarela dari pelbagai opsyen pengajian. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk faktorial campuran bukan rawak terhadap tiga kumpulan eksperimen iaitu Kumpulan Capai Matlamat, Kumpulan Tanpa Matlamat dan Kumpulan Kawalan. Pemilihan responden berdasarkan komitmen dalam aktiviti fizikal dan matlamat yang ingin dicapai. Kumpulan Capai Matlamat di berikan intervensi penetapan matlamat melalui program jalan kaki. Responden diberikan dua soal selidik iaitu i) Behavioral Regulation in Exercise Questionnaire-2 (BREQ-2) dan ii) Motives for Physical Activities Measure - Revised (MPAM-R) bagi mengukur penetapan matlamat dan motivasi ke arah lakuan aktiviti fizikal. Data akan di analisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Bagi menguji hipotesis nol, Ujian SPANOVA, MANOVA dan MANCOVA bagi pengukuran berulangan pada aras keertian p=<0.05. Dapatan kajian mendapati penetapan matlamat dan penggunaan pedometer mampu meningkatkan motivasi diri ke arah lakuan aktiviti fizikal melalui intervensi jalan kaki. Implikasi kajian menunjukkan penetapan matlamat dan intervensi melalui program berjalan kaki ternyata memberikan motivasi dalam meningkatkan aktiviti fizikal kepada kumpulan Capai Matlamat berbanding dengan yang tidak diberikan intervensi.en_US
dc.identifier.urihttps://umt-ir.umt.edu.my/xmlui/handle/123456789/13560
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectNormar Binti Alien_US
dc.subjectGV 461 . M4 N6 2014en_US
dc.titleKesan Intervensi Program Berjalan Kaki Terhadap Motivasi Diri Dalam Aktiviti Fizikalen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 2 of 2
Loading...
Thumbnail Image
Name:
GV 461 . M4 N6 2014 Abstract.pdf
Size:
115.23 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
No Thumbnail Available
Name:
GV 461 . M4 N6 2014 Full Text.pdf
Size:
1.31 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: