Analisis Pasaran Sukuk Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-08
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Keupayaan sektor kewangan untuk terus maju ke hadapan untuk mencapai pelbagai manfaat daripada persekitaran yang berdaya saing mampu membentuk sistem kewangan yang lebih cekap dan stabil. Ini merupakan prasyarat yang penting bagi sektor kewangan dalam usaha ke arah transformasi ekonomi Malaysia. Ini dapat digambarkan dengan peningkatan permintaan bagi produk kewangan yang diperkenalkan. Salah satu produk kewangan yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan kalangan masyarakat adalah sukuk. Kajian ini melihat perspektif makroekonomi di antara pertumbuhan sukuk dan ekonomi. Berdasarkan kepada kerangka penentu sukuk, kajian ini mengenal pasti faktor penentu kepada penerbitan sukuk serta mengkaji hubungan siri masa di antara pasaran sukuk dengan pertumbuhan ekonomi. Kajian menggunakan pendekatan Auto-Regressive Distributed Lag (ARDL) bagi mengkaji hubungan siri masa berdasarkan Restricted Error Correction Model (RECM) dan Unrestricted Error Correction Model (UECM). Data kajian bermula sukuan pertama tahun 2001 sehingga sukuan keempat tahun 2010. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan siri masa di antara sukuk dengan pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang dan jangka pendek.
Description
Keywords
Norashikin Bt Draman @ Wahab, HG 4651 .N6 2015
Citation