Analisis Kekukuhan Teori Okun Dan Philips Bagi Negara Asia Terpilih

dc.contributor.authorAng Syh Han
dc.date.accessioned2019-10-08T04:18:24Z
dc.date.available2019-10-08T04:18:24Z
dc.date.issued2014
dc.description.abstractEkonomi rantau Asia telah mengalami pertumbuhan pesat dalam beberapa dekad yang lalu, akan tetapi isu pengangguran dan kadar inflasi masih tidak mampu di kawal oleh pihak kerajaan menggunakan dasar fiskal dan monetari. Isu ini boleh diperjelaskan menggunakan teori tradisional Okun dan Phillips yang menterjemahkan hubungan negatif di antara kadar pertumbuhan ekonomi dan pengangguran; dan hubungan antara pengangguran dan kadar inflasi. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis hubungan kointegrasi dan penyebab menggunakan teori Okun dan Philips yang melibatkan negara maju dan negara membangun Asia seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun dan Korea Selatan menggunakan data siri masa tahunan sepanjang tempoh 1980-2010. Terdapat tiga teknik yang penting diambil kira dalam kajian ini untuk penganggaran data siri masa. Pertama, mengenal pasti tahap kepegunan menggunakan pendekatan tradisional dan moden menggunakan kesan perubahan struktur. Kedua, mengenal pasti hubungan kointegrasi menggunakan kerangka jangka masa panjang dan pendek. Ketiga, kajian ini menggunakan ujian penyebab untuk mengesan hubungan penyebab antara pemboleh ubah kajian. Keputusan keseluruhan kajian ini tidak seimbang dan bertentangan dengan hukum Okun dan Philips bagi beberapa negara kajian. Sehubungan itu, untuk mengimbangi pengangguran, inflasi dan pertumbuhan ekonomi, para pembuat dasar harus menilai isu ini dan menganalisis secara kolektif menyebabkan pengangguran dan tidak semata-mata fokus terhadap penetapan teori Okun dan Philips setiap masa.en_US
dc.identifier.urihttps://umt-ir.umt.edu.my/xmlui/handle/123456789/13380
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectAng Syh Hanen_US
dc.subjectQA 39.2 .A5 2014en_US
dc.titleAnalisis Kekukuhan Teori Okun Dan Philips Bagi Negara Asia Terpilihen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 2 of 2
Loading...
Thumbnail Image
Name:
QA 39.2 .A5 2014 Abstract.pdf
Size:
103.42 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
No Thumbnail Available
Name:
QA 39.2 .A5 2014 Full Text.pdf
Size:
908.57 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: