Penilaian pembangunan dan perlaksanaan tukun tiruan di Malaysia
Loading...
Date
2015
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Tesis ini membentangkan keputusan kajian perlaksanaan tukun tiruan oleh Jabatan
Perikanan Malaysia (JPM) dan unjam-unjam oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
(LKIM) di Semenanjung Malaysia di antara tahun 1975-2010. Data primer diperolehi
melalui temuduga bersemuka dan perbincangan menggunakan soal selidik berstruktur
melibatkan individu-individu penting yang terlibat dalam merangka polisi dan melaksana
program tukun di Malaysia. Kajian ini juga mengkaji faedah sosio ekonomi program tukun
tiruan ke atas kumpulan nelayan melibatkan 506 responden di lokasi 68 jeti utama di
Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan pandangan, kesedaran dan persepsi mereka
mengenai program tukun tiruan yang dijalankan pada masa dahulu dan sekarang. Keputusan
kajian menunjukkan tukun tiruan menjadi semakin popular sebagai salah satu alat dalam
meningkatkan sumber perikanan pantai, kaedah pemuliharaan dan juga meningkatkan
tangkapan nelayan tradisi di Semenanjung Malaysia. Jabatan Perikanan Malaysia dan LKIM
ialah dua agensi utama yang aktif dalam program ini. Sebanyak 36% peruntukan
disalurkan kepada JPM, 63% kepada LKIM dan sebanyak 1% kepada agensi-agensi lain.
Description
Keywords
SH 157.85 .A7 A4 2015, Ahmad Ali, Artificial reefs