Penerimaan digital di Malaysia dalam aspek penggunaan e-kerajaan
Loading...
Date
2016-07
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Penggunaan teknologi maklumat yang tidak memberangsangkan dalam kalangan pengguna merupakan satu fenomena yang bersifat sejagat. Akibatnya, ia menyumbang kepada kegagalan sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, penerusan penerimaan teknologi maklumat telah dikenalpasti sebagai pra-syarat terhadap penggunaan jangka masa panjang dan kejayaan sesebuah teknologi. Oleh itu, kefahaman yang mendalam terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan individu dalam menerima mahupun menolak teknologi tertentu masih menjadi objektif utama dalam penyelidikan teknologi maklumat. Justeru, banyak kajian telah dijalankan untuk menjelaskan niat penerusan penggunaan teknologi dalam kalangan individu tertentu. Walau bagaimanapun, kajian-kajian tersebut hanya memfokuskan kepada kajian tentang peranan sifat-sifat individu dan sifat-sifat sesebuah sistem sahaja dan terlalu sedikit kajian yang mengkaji peranan sifat-sifat pengguna, kemahiran teknikal dan kepercayaan.
Description
Keywords
Internet in public administration -- Malaysia, Management information systems -- Malaysia, Malaysia -- Economic policy, JQ 1062 .A56 F3 2016