Modul Terapi Seni Ekspresif Dan Kesannya Ke Atas Strategi Daya Tindak Ibu Tunggal

dc.contributor.authorAbd Aziz, Rosliza
dc.date.accessioned2021-03-22T06:31:21Z
dc.date.available2021-03-22T06:31:21Z
dc.date.issued2019
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk membina Modul Terapi Seni Ekspresif atau ModTSE dan mengenalpasti kesan modul tersebut ke atas strategi daya tindak ibu tunggal. Modul ini dibina berasaskan Model Pembinaan Modul Rusell yang meliputi proses pembinaan, pengujian kesahan kandungan serta kebolehpercayaan modul. Tiga orang pakar melibatkan kaunselor dan para akademik telah dilantik untuk menilai kesahan kandungan manakala pengujian kebolehpercayaan modul melibatkan 30 orang ibu tunggal dalam sesi bimbingan kelompok. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa ModTSE yang dibina mempunyai kesahan kandungan serta nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi mengenalpasti kesan ModTSE ke atas strategi daya tindak ibu tunggal pula, kajian kuasi eksperimen melibatkan 30 orang ibu tunggal di Kuala Nerus, Terengganu telah dijalankan. Mereka dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah mengikuti Japan sesi bimbingan kelompok menggunakan ModTSE sebagai intervensi manakala kumpulan kawalan tidak menerima sebarang intervensi. Inventori Strategi Daya Tindak telah ditadbir kepada kedua-dua kumpulan dalam ujian pra dan ujian pasca. Kesan ModTSE diukur melalui perbezaan skor min ujian pra dan ujian pasca serta ujian ANCOV A.en_US
dc.identifier.urihttps://umt-ir.umt.edu.my/jspui/handle/123456789/14678
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectHQ 759.915 .R6 2019en_US
dc.titleModul Terapi Seni Ekspresif Dan Kesannya Ke Atas Strategi Daya Tindak Ibu Tunggalen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 2 of 2
Loading...
Thumbnail Image
Name:
HQ 759.915 .R6 2019-Abstract.pdf
Size:
603.97 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
No Thumbnail Available
Name:
HQ 759.915 .R6 2019-Full Text.pdf
Size:
13.39 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: