Pembuatan Polisi Syariat Islam Di Aceh: Kajian Kes “Peraturan Bupati Nombor 5 Tahun 2010”
| dc.contributor.author | Nellis Mardhiah Binti Sahidan | |
| dc.date.accessioned | 2019-10-13T07:33:33Z | |
| dc.date.available | 2019-10-13T07:33:33Z | |
| dc.date.issued | 2015-01 | |
| dc.description.abstract | Tesis ini adalah mengenai pembuatan polisi awam di Aceh, khususnya mengenai syariat Islam di daerah Aceh Barat. Dengan memfokuskan kepada “Peraturan Bupati Aceh Barat Nombor 5 Tahun 2010” iaitu tentang “Penegakan Syariat Islam dalam Pemakaian Busana Islam” (PSIPBI) di Aceh Barat, tesis ini menjelaskan pembuatan polisi tersebut berdasarkan tiga objektif: i) menjelaskan proses “penstrukturan masalah polisi” di peringkat pembentukan agenda (agenda setting); ii) mengenalpasti ciri-ciri utama dalam pemformulasian polisi awam sebagai undang- undang rasmi di daerah Aceh Barat; dan iii) menjelaskan kekuatan serta kelemahan yang wujud dalam pembuatan polisi tersebut. Bagi mencapai kesemua objektif di atas, tesis ini telah menggunapakai kaedah kualitatif dengan menekankan aspek triangulasi data berdasarkan data primer dari dokumen-dokumen rasmi kerajaan serta temubual mendalam dengan pemberi maklumat utama (key informant) dan data sekunder. Dokumen-dokumen rasmi diperolehi dari pejabat-pejabat kerajaan di Aceh Barat serta laman web rasmi kerajaan manakala data temubual mendalam diperolehi dari temubual dengan tujuh (7) pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat dalam agensi kerajaan di Aceh Barat semasa tempoh pembuatan polisi PSIPBI. Data sekunder diperolehi dari pelbagai universiti. | en_US |
| dc.identifier.uri | https://umt-ir.umt.edu.my/xmlui/handle/123456789/13528 | |
| dc.language.iso | other | en_US |
| dc.publisher | Universiti Malaysia Terengganu | en_US |
| dc.subject | Nellis Mardhiah Binti Sahidan | en_US |
| dc.subject | BP 176 .N4 2014 | en_US |
| dc.title | Pembuatan Polisi Syariat Islam Di Aceh: Kajian Kes “Peraturan Bupati Nombor 5 Tahun 2010” | en_US |
| dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: