Seramai 200 peserta telah menghadiri ceramah berkaitan pengurusan ekonomi Islam di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) semalam. Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur, Mahadi Awang berkata, program tersebut berjaya mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Program ini bertujuan ingin memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tatacara pengurusan ekonomi berlandaskan Islam.