Browsing by Author "Nur Hamizah Parhin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
Item Permintaan petroleum dan pencemaran co2 di Malaysia : aplikasi siri masa(Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Nur Hamizah ParhinKepesatan pembangunan ekonomi telah mendorong kepada peningkatan dalam penggunaan petroleum terutamanya bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Pada masa yang sama, pencemaran CO2 juga meningkat sejajar dengan peningkatan permintaan petroleum. Oleh itu, kajian ini akan melihat sejauh mana hubungan antara permintaan petroleum dengan pencemaran CO2 di Malaysia dari tahun 1980 hingga tahu 2008. Bagi membuktikan objektif yang dirangka, pengkaji akan menggunakan analisis siri masa meliputi beberapa ujian seperti Ujian Kointegrasi, Vector Auto Regression dan Ujian Wald. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan jangka masa panjang diantara pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini. Pengkaji mencadangkan pengkaji seterusnya menggunakan pembolehubah lain bagi mengkaji pencemaran CO2 di Malaysia.