Browsing by Author "Nur Aisyah Yuliza"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
Item Kemeruapan kehadiran pelancong Asean-3 : aplikasi model Arima(Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Nur Aisyah YulizaPelancongan merupakan salah satu faktor utama yang memberikan sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pelancongan adalah sektor perkhidmatan yang berkembang cepat seiring dengan perkembangan ekonomi global serta menjadi sumber pendapatan utama negara. Oleh itu, matlamat utama kajian ini adalah untuk menganalisis pengaruh kemeruapan kehadiran pelancong ASEAN-3 ke Malaysia. Kajian ini menggunakan data bulanan sepanjang tempoh Januari 1995 hingga Mac 2009 dengan menggunakan pendekatan model ARIMA. Hasil kajian ini juga membuktikan bahawa terdapat trend bermusim dalam polarisasi kehadiran pelancong ASEAN-3 ke Malaysia. Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat beberapa faktor yang berlaku sepanjang tempoh 1995 hingga 2009 yang mendorong tahap kemeruapan kehadiran pelancong, antaranya adalah kegawatan ekonomi rantau Asia dan pandemik SARS mempunyai kombinasi ARIMA yang stabil. Hal ini membuktikan pengaruh kemeruapan kehadiran pelancong mempunyai kesan langsung terhadap pola kehadiran pelancong ASEAN-3 ke Malaysia sepanjang tempoh kajian ini.Item Permintaan pelancongan bilateral antara Malaysia dan Indonesia(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2014-07) Nur Aisyah YulizaKajian ini telah mengenal pasti cara bagi kerajaan Malaysia dan Indonesia untuk terus mengekspoitasi sektor pelancongan mereka melalui pelarasan yang sesuai dalam mereka sadar-dasar pelancongan dan usaha pemasaranItem Permintaan Pelancongan Bilateral Antara Malaysia Dan Indonesia(Universiti Malaysia Terengganu, 2014-07) Nur Aisyah YulizaTujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor utama yang mempengaruhi corak aliran pelancong dua hala Malaysia- Indonesia. Objektif kajian ini di antaranya menentukan kewujudan hubungan jangka masa panjang antara kedatangan pelancong dengan indeks harga pengguna dan kadar pertukaran Malaysia dan Indonesia, mengukur kelajuan pelarasan diantara pembolehubah Malaysia dan Indonesia dan menentukan arah sebab akibat antara kedatangan pelancong dengan indeks harga pengguna dan kadar perukaran Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan data siri masa. Kajian ini menggunakan data bulanan dan suku tahunan dari tahun 1995 hingga 2011 dengan menggunakan pendekatan integrasi bersama dan model sebab-musabab. Hasil kajian secara umumnya mengesahkan bahawa indeks harga pengguna, kadar pertukaran dan faktor bukan ekonomi mempengaruhi kedatangan pelancong bilateral Malaysia-Indonesia. Kajian ini juga telah mengenal pasti cara bagi kerajaan Malaysia dan Indonesia untuk terus mengeksploitasi sektor pelancongan mereka melalui pelarasan yang sesuai dalam mereka dasar-dasar pelancongan dan usaha pemasaran.