Browsing by Author "Farhana Ja'afar"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
Item Analisis hasil dan perbelanjaan : kajian kes kerajaan Negeri Johor(Universiti Malaysia Terengganu, 2008) Farhana Ja'afarHasil dan perbelanjaan merupakan dua elemen penting dalam dasar fiskal yang juga merupakan satu dasar kawalan langsung yang dijalankan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat ekonomi sesebuah negara. Dalam mewujudkan sebuah kerajaan yang cekap dan menyeluruh (holistik) memerlukan keseimbangan dalam pelbagai aspek. Oleh itu, pembolehubah hasil dan perbelanjaan merupakan dua elemen utama yang penting dalam kajian ini. Kerajaan Negeri Johor mengalami masalah bajet defisit yang berlarutan dan jika tidak ditangani akan memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi negeri tersebut iaitu menyebabkan ekonomi negeri tidak berkembang. Oleh itu satu kajian dijalankan bagi melihat hubungan antara hasil dan perbelanjaan yang menggunakan kaedah ekonometrik siri masa seperti Ujian Kointegrasi, Ujian Sebab-akibat Granger, Kaedah Penghuraian Varians dan fungsi tindak balas diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan wujud hubungan yang positif dalam jangka pendek dan jangka panjang bagi semua pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Penemuan hasil kajian ini telah memberi beberapa implikasi penting kepada strategi belanjawan Kerajaan Negeri Johor. Oleh itu, satu strategi belanjawan yang proaktif perlu dijalankan bagi menangani isu bajet defisit yang boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya.