Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9999
Title: Hasil, perbelanjaan dan pertumbuhan ekonomi di negara Asia terpilih
Authors: Norashikin Draman @ Wahab
Keywords: Norashikin Draman @ Wahab
LP 26 FPE 1 2011
Issue Date: 2011
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Topik berkaitan hasil, perbelanjaan dan pertumbuhan ekonomi merupakan topik yang penting dalam ekonomi awam. Dalam kajian ini menekankan kajian bagi mengkaji hubungan yang wujud diantara hasil, perbelanjaan terhadap pertumbuhan ekonomi. Hasil merupakan salah satu komponen dalam belanjawan setiap negara. Hasil merangkumi hasil cukai, cukai tak langsung dan hasil bukan hasil cukai. Hasil merupakan salah satu sumber utama kepada sesebuah negara. Bagi perbelanjaan pula, ia merupakan salah satu aktiviti yang dikendalikan oleh pihak atasan bagi mengubah keadaan ekonomi bertambah baik. Manakala Pertumbuhan ekonomi diertikan sebagai proses peningkatan output per kapita dalam jangka panjang. Kajian adalah dengan menggunakan data negara-negara Asia yang terpilih bagi tempoh masa 40 tahun iaitu daripada tahun 1970 sehingga 2009. Kaedah yang digunakan adalah dengan pengujian kesan model tetap dan kesan model rawak. Hasil dapatan kajian yang diperolehi adalah wujud hubungan yang negatif bagi pembolehubah hasil dan perbelanjaan terhadap pertumbuhan ekonomi bagi kesan model tetap. Manakala bagi kesan model rawak, keputusan yang diperolehi adalah hasil yang menunjukkan hubungan positif dan perbelanjaan mempunyai hubungan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9999
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 26 FPE 1 2011 Abstract.pdf398.75 kBAdobe PDFView/Open
LP 26 FPE 1 2011 Full text.pdf
  Restricted Access
3.46 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.