Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9997
Title: Hubungan antara kadar pulangan nominal dengan permintaan deposit perbankan Islam di Malaysia
Authors: Norazida Ibrahim
Keywords: Norazida Ibrahim
LP 27 FPE 1 2011
Issue Date: 2011
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Di Malaysia, sistem perbankan Islam telah menawarkan perkhidmatan deposit dengan kadar pulangan nominal. Bagi permintaan deposit terbahagi kepada deposit simpanan {OS) dan deposit pelaburan {DP). Manakala bagi kadar pulangan deposit terbahagi kepada kadar pulangan deposit pelaburan {KPDP) dan kadar pulangan deposit simpanan {KPDS). Di dalam kajian ini terdapat tiga objektif iaitu menganalisis permintaan deposit yang berbeza dalam sesebuah institusi perbankan Islam Malaysia. Objektif kedua ··pula, mengenalpasti kesan pembolehubah makro kepada permintaan deposit perbankan Islam Malaysia dan objektif terakhir adalah mengkaji hubungan antara kadar pulangan deposit dengan permintaan deposit sistem perbankan Islam. Malaysia. Kajian ini menggunakan tiga jenis sampel data sekunder yang diperolehi daripada Bank Negara Malaysia {BNM). Bagi sampel pertama, data permintaan deposit dengan kadar pulangan nominal pada bulan Disember 2005 hingga November 2008 iaitu bagi Bank Islam, Bank Perdagangan dan Bank Pelaburan. Sampel yang kedua pula adalah bulan Disember 2005 hingga Januari 2008 iaitu bagi Syarikat Kewangan digabungkan dengan Bank Perdagangan dan sampel yang terakhir adalah bulan Disember 2005 hingga Februari 2010 iaitu diantara Bank Islam dan Skim Perbankan Islam.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9997
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 27 FPE 1 2011 Abstract.pdf504.79 kBAdobe PDFView/Open
LP 27 FPE 1 2011 Full text.pdf
  Restricted Access
4.38 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.