Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9992
Title: Kecekapan pengurusan institusi zakat terpilih di Malaysia
Authors: Siti Nurul'ain Mohd Najib
Keywords: Siti Nurul'ain Mohd Najib
LOCAL CALL NO LP 51 FPE 1 2011
Issue Date: 2011
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Zakat merupakan pembayaran atau pemberian benda yang bernilai seperti wang ataupun harta benda mengikut kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Pungutan Zakat yang wajib dibayar oleh individu yang beragama Islam yang cukup syarat-syaratnya. Di Malaysia, terdapat sembilan jenis zakat dan diantaranya ialah zakat fitrah, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat emas dan perak, zakat padi, zakat ternakan dan zakat KWSP. Pada tahun 1997, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah mewajibkan zakat pendapatan yang telah diklasifikasikan sebagai harta yang diikhtilaf. lnstitusi zakat pula merupakan perantaraan diantara penerima zakat dengan pembayar zakat yang telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Malaysia bagi . memudahkan para pembayar menunaikan tangungjawab mereka sebagai umat Islam. Terdapat sembilan golongan asnaf yang layak menerima agihan zakat. Agihan zakat diberi melalui institusi-institusi zakat negeri kepada golongan yang disenaraikan layak. Kecekapan zakat dan hasil kajian menunjukkan jumlah kutipan dan agihan yang hampir sama yang membawa maksud agihan dapat diberi kepada golongan yang sepatutnya dan semakin ramai golongan yang layak dicari, semakin tinggi agihan zakat di istitusi zakat tersebut. Perkembangan hasil kutipan mesti seiringan dengan jumlah agihan. Pemboleh ubah yang digunakan di dalam kajian ini ialah penggunaan input seperti data kutipan zakat dan output seperti agihan zakat. Perisian yang digunakan di dalam mengkaji kecekapan zakat ialah Kaedah Penyampulan Data (DEA).
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9992
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 51 FPE 1 2011 Abstract.pdf511.72 kBAdobe PDFView/Open
LP 51 FPE 1 2011 Full text.pdf
  Restricted Access
3.34 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.