Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9990
Title: Kecekapan faktor input dalam pengeluaran padi : kajian kes di Kangkong, Pasir Mas, Kelantan
Authors: Siti Maziani Mohd Kamel
Keywords: Siti Maziani Mohd Kamel
LP 63 FPE 1 2012
Issue Date: 2012
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Padi merupakan salah satu sektor terpenting di dalam pertanian. Selain itu, beras merupakan makanan asasi bagi penduduk Malaysia. Satu kajian dilakukan di Kangkong, Pasir Mas, Kelantan bertujuan untuk melihat kecekapan faktor input di dalam pengeluaran padi. Satu model pengeluaran dibentuk. Berasaskan data pada tahun 2007 sehingga tahun 2011, hasil kajian ini mendapati penggunaan input keluasan kawasan, buruh dan baja adalah masih belum mencapai ke tahap optimum. Di mana, setiap satu ringgit pertambahan di dalam keluasan kawasan mengakibatkan pengeluaran bertambah sebanyak RM 2.57. Manakala satu ringgit di dalam pertambahan buruh akan menghasilkan RM 0.80 dan satu ringgit di dalam penambahan baja akan menambahkan pengeluaran sebanyak RM 0.54. Di antara ketiga-tiga faktor tersebut, di dapati faktor kawasan sahaja yang mencapai hasil sut lebih besar daripada kos sut. Manakala, bentuk skala pulangan adalah di dalam bentuk skala pulangan menurun. Di mana, setiap satu peratus penambahan dalam semua input, output hanya bertambah sebanyak 0.83 peratus. Dengan hal demikian, untuk mencapai tahap pengoptimuman ke atas input, maka faktor keluasan perlu ditambah manakala faktor buruh dan baja perlu dikurangkan.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9990
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 63 FPE 1 2012 Abstract.pdf361.17 kBAdobe PDFView/Open
LP 63 FPE 1 2012 Full Text.pdf
  Restricted Access
1.77 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.