Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9985
Title: Eksport, import dan pertumbuhan ekonomi di negara Asia terpilih
Authors: Nurul 'Ain Mohamed
Keywords: LP 41 FPE 1 2011
Nurul 'Ain Mohamed
Issue Date: 2011
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini mengkaji tentang kegiatan eksport dan import serta kesannya kepada pertumbuhan ekonomi di Negara-negara Asia terpilih bagi tempoh 1975 sehingga 2008. Eksport merujuk kepada aktiviti pertukaran barangan atau perkhidmatan dari sebuah negara ke negara lain. Manakala kegiatan import pula merujuk kepada sesuatu barang atau perkhidmatan yang dibawa dari negara lain ke dalam negara tersebut. Bagi sesebuah negara, kegiatan eksport memandu kepada KDNK bagi negara tersebut. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu. la juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barang dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang. Matlamat kajian ini ialah untuk menganalisis tren kegiatan eksport dan import, hubungan antara eksport dan import serta pertumbuhan eksport kepada KDNK bagi negara-negara terpilih di Asia. Skop kajian ini tertumpu kepada kegiatan eksport dan import bagi negara-negara terpilih di Asia bagi tempoh 30 tahun iaitu dari tahun 1975 sehingga 2005. Antara negara-negara Asia yang terlibat dalam kajian ini ialah Armenia, Azerbajian, Bangladesh, Bhutan, Bahrain, Cambodia, China (Hong Kong), China (Macao), Fiji, India, Indonesia, Iran, Israel, Korea, Japan, Jordan, Kazakhtan, Kuwait, Mongolia, Myanmar, Malaysia, Nepal, Oman, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Qatar, Rusia, Sri Lanka, Arab Saudi, Turki, Thailand dan Vietnam. Kajian ini mengunakan data sekunder yang terdiri daripada data kegiatan eksport, import dan pertumbuhan ekonomi bagi negara-negara Asia terpilih sepanjang 30 tahun iaitu dari tahun 1975 sehingga 2008 yang diperolehi daripada Bank Dunia. Analisis data yang digunakan adalah deskriptif, ujian punca unit (kepengunan data), ujian kointegrasi panel Pedroni, ujian VEC dan ujian kointegrasi Johansen-Fisher iaitu untuk menguji hubungan jangka panjang dan jangka pendek bagi setiap pemboleh ubah eksport, import dan pertumbuhan ekonomi. Hasil kajian menunjukkan negara seperti Bangladesh, Arab Saudi, Sri Lanka, Republik Arab Syria dan Thailand mempunyai hubungan jangka panjang manakala negara-negara lain hanya mempunyai hubungan jangka pendek. Ujian penyebab Granger pula diaplikasikan untuk mengkaji arah hubungan bagi setiap pemboleh ubah tersebut. Hasil dapatan diperoleh menunjukkan eksport memberi kesan posif kepada pertumbuhan ekonomi dalam satu hala sahaja. Manakala eksport dan import mempunyai kesan penyebab dua hala.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9985
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 41 FPE 1 2011 Abstract.pdf465.96 kBAdobe PDFView/Open
LP 41 FPE 1 2011 Full text.pdf
  Restricted Access
3.83 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.