Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9977
Title: Analisis impak pembangunan Felda ke atas sosioekonomi masyarakat peneroka di Felda Selasih, Besut, Terengganu
Authors: Rashidah Abdullah
Keywords: LP 47 FPE 1 2011
Rashidah Abdullah
Issue Date: 2011
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pembangunan Felda dilihat telah memberi kesan-kesan positif dan negatif samaada secara langsung atau tidak langsung terhadap peneroka-peneroka Felda yang tinggal di tanah rancangan. Antara kesan-kesan yang dialami adalah dari segi peningkatan tingkat pendapatan, taraf sosial, taraf ekonomi dan persekitaran. Bagi tujuan mengenalpasti dan mengkaji kesan-kesan tersebut, satu kajian empirikal telah dijalankan di kawasan kes kejadian iaitu di tanah rancangan Felda Selasih dengan tujuan untuk mendalami kesankesan daripada pembangunan Felda ke atas sosioekonomi masyarakat peneroka di Felda Selasih, Besut, Terengganu. Kajian dijalankan berdasarkan pengumpulan maklumatmaklumat sekunder dan pengumpulan maklumat primer yang dikumpulkan melalui sesi temubual dan kajian soal selidik dengan ketua isi rumah iaitu peneroka tanah rancangan Felda Selasih. Seramai 70 orang peneroka telah dipilih menggunakan teknik persampelan berstrata. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembangunan Felda telah member kesan positif iaitu peningkatan pendapatan peneroka, infrastruktur dan kemudahan awam. Pada masa yang sama ia juga menimbulkan kesan negative seperti masalah kecurian dan penagihan dadah. Bagi meminimumkan kekurangan dan meningkatkan lagi tahap sosioekonomi, kajian telah mencadangkan beberapa cadangan seperti meningkatkan infrastruktur dan kemudahan awam serta meningkatkan sosioekonomi masyarakat. Melalui cadangan-cadangan yang digariskan, adalah dijangka hasrat untuk membangunkan tanah rancangan tersebut secara mapan, lengkap dengan kemudahan awam dan infrastruktur serta peningkatan taraf sosioekonomi penduduk akan menjadi kenyataan.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9977
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 47 FPE 1 2011 Abstract.pdf514.15 kBAdobe PDFView/Open
LP 47 FPE 1 2011 Full text.pdf
  Restricted Access
3.77 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.