Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9975
Title: Kecekapan faktor input dalam pengeluaran getah di Malaysia
Authors: Wan Marjan Wan Abdullah
Keywords: LP 72 FPE 1 2012
Wan Marjan Wan Abdullah
Issue Date: 2012
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Getah merupakan komoditi pertanian yang banyak memberi sumbangan dari segi hasil, peluang pekerjaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Satu kajian dilakukan untuk melihat kecekapan input produk getah. Satu model dibentuk dan berasaskan data 1975 sehingga 2009, didapati penggunaan input keluasan kawasan tanah dan jumlah pekerja masih belum mencapai tahap optimum. Di mana, keluasan kawasan tanah kos sut adalah lebih besar daripada hasil sut, bagi jumlah pekerja pula hasil sut melebihi kos sut. Bagi mencapai tahap optimum, keluasan kawasan tanah perlu dikurangkan manakala jumlah buruh pula perlu ditambah. Hasil kajian ini juga mendapati bentuk pengeluaran getah adalah skala pulangan menurun, dimana 1 peratus pertambahan dalam sumber input getah, pertambahan getah akan bertambah sebanyak 0.8693. Dengan hal yang demikian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan kualiti input antaranya adalah mempertingkatkan penggunaan teknologi baru oleh sektor peladang dan pekebun kecil, mempertingkatkan kualiti pokok getah melalui sistem pembajaan pokok yang teratur dan baja yang berkualiti. Serta mempertingkatkan kecekapan dari segi penggunaan buruh dalam sektor getah di Malaysia.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9975
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 72 FPE 1 2012 Abstract.pdf325.78 kBAdobe PDFView/Open
LP 72 FPE 1 2012 Full Text.pdf
  Restricted Access
1.98 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.