Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9974
Title: Inflasi dan pengangguran di Asia : pendekatan ko-integrasi panel
Authors: Ruzaini Kamarudin
Keywords: LP 48 FPE 1 2011
Ruzaini Kamarudin
Issue Date: 2011
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini mengkaji masalah tentang inflasi dan pengangguran di negara Asia terpilih mengunakan pendekatan kointegrasi panel. Kemunculan masalah makroekonomi ini bermula dengan terjadinya kejutan atau kejatuhan dalam ekonomi sesebuah negara. Seterusnya kejutan yang berlaku menyebabkan terjadinya herotan dalam keseimbangan makroekonomi yang akhirnya menggugat kestabilan ekonomi makro secara keseluruhan. Analisis kajian ini menggunakan data daripada tahun 1970 sehingga 2009 dan kajian ini memfokus kepada negara Asia yang terpilih. lnflasi dan pengangguran yang tinggi akan memberi kesan yang negatif kepada sesebuah negara serta mendatangkan kemiskinan yang tinggi. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian punca unit, ujian kausaliti, ujian panel statik dan kointegrasi panel. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan jangka panjang, hubungan kausaliti dan untuk mengenalpasti kesan inflasi dan pengangguran kepada pertumbuhan ekonomi. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara inflasi dan pengangguran bagi negara Asia terpilih sepanjang tempoh tahun data dianalisis. lmplikasi dasar dalam penemuan kajian ini serta langkah untuk mengatasi masalah makroekonomi ini turut dibincangkan. Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi kedua masalah makroekonomi ini.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9974
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 48 FPE 1 2011 Abstract.pdf448 kBAdobe PDFView/Open
LP 48 FPE 1 2011 Full text.pdf
  Restricted Access
2.45 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.