Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9973
Title: Penilaian ekonomi pelancongan di Taman Negara Johor Pulau Kukup, Pontian, Johor
Authors: Siti Hajar Hussein
Keywords: LP 50 FPE 1 2011
Siti Hajar Hussein
Issue Date: 2011
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pulau Kukup adalah ekosistem yang mempunyai pelbagai nilai termasuk nilai biologi, estetika, budaya, ekologi dan sebagainya. Kepenting:m Pulau Kukup dapat diterjemahkan melalui empat fungsi iaitu fungsi perlindungan, fungsi habitat, fungsi maklumat dan fungsi pengaturan. Sumber alam semulajadi adalah sukar untuk diberi nilai dari sudut kewangan berikutan nilai ini tidak dimasukkan ke dalam pengiraan harga pasaran. Ketiadaan nilai pasaran menyebabkan pembentukan dasar terhadap pemuliharaan dan pelindungan sumber pulau menjadi sukar. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan menilai ekonomi pelancongan di Pulau Kukup dan kesanggupan membayar (WTP) pengguna yang melawati T aman Negara Johar Pulau Kukup. Teknik penilaian secara tidak langsung digunakan sebagai asas pengukuran alam sekitar iaitu melalui penganggaran nilai kesanggupan membayar pengguna (WTP) atau lebihan pengguna (CS) terhadap penggunaan sumber Pulau Kukup dengan menggunakan kaedah kos perjalanan individu (ITCM). Sebanyak 106 soal selidik telah diedar kepada responden untuk mendapatkan maklumat kos perjalanan, faktor demografi, faktor motivasi dan ciri-ciri kawasan bagi peJancongan pulau. Model kajian ini dianalisis dengan menggunakan fungsi Double Log dan dianggarkan melalui kaedah penganggaran kuasa dua terkecil (OLS) dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Keputusan kajian menunjukkan nilai lebihan pengguna adalah sebanyak RM 193 bagi setiap kunjungan dan dapat dirumuskan jumrah kebajikan sosial adalah sebanyak RM 3.39 juta setahun. Kajian ini mendapati aktiviti rekreasi dan pelancongan di Pulau Kukup mempunyai nilai yang agak tinggi. Secara kesimpulannya, faedah bersih yang diperolehi dapat digunakan sebagai garis panduan bagi perletakan dan penggunaan sumber Pulau Kukup bagi mencapai pengurusan pulau secara mapan.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9973
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 50 FPE 1 2011 Abstract.pdf491.47 kBAdobe PDFView/Open
LP 50 FPE 1 2011 Full text.pdf
  Restricted Access
4.74 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.