Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9853
Title: Analisis penyertaan wanita berkahwin dalam sektor pekerjaan
Authors: Nor Hazlina Saadon
Keywords: Nor Hazlina Saadon
LP 37 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian yang bertajuk Analisis Penyertaan Wanita Berkahwin dalam Sektor Pekerjaan bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor pendorong penyertaan wanita berkahwin dalam sektor pekerjaan. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat kesan penyertaan wanita berkahwin dan penyertaan wanita yang belum berkahwin dalam sektor pekerjaan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kajian lepas oleh Kwabena A.Anaman dan Hartinie M.Kassim (2005) mendapati umur, taraf pekerjaan dan tahap pendidikan signifikan terhadap penglibatan tenaga buruh wanita berkahwin dan belum berkahwin dalam pasaran buruh, Penyertaan tenaga buruh wanita berkahwin lebih cenderung daripada wanita belum berkahwin dalam sektor pekerjaan dan faktorĀ­ faktor pendorong tenaga buruh wanita berkahwin dalam sektor pekerjaan adalah pendapatan suami, pengalaman bekerja, tahap pendidikan, dan umur. Kajian oleh Lim Hock Earn, Zalina Mohd Mohaideen dan Norehan Abdullah (2003) mendapati pembolehubah agama tidak signifikan terhadap kebarangkalian bekerja wanita berkahwin di negeri Kedah. Selain itu, kajian oleh Lim Hock Earn dan Zalina Mohd Mohaideen (2003) mendapati bahawa kesan sut bilangan anak ke atas penyertaan tenaga buruh wanita berkahwin berbeza mengikut peringkat umur. Oleh itu objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu mengkaji faktor pendorong penyertaan wanita berkahwin dalam sektor pekerjaan dan menganalisis penyertaan wanita yang belum berkahwin serta kesannya terhadap pembangunan ekonomi. Kaedah soal selidik telah dijalankan kepada 100 orang wanita berkahwin sebagai responden di negeri Johor. Selain itu data sekunder yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia juga digunakan dalam kajian ini. Data yang telah dikumpulkan akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The School Science (SPSS). Kajian ini juga menggunakan Model Binary Logistik dan Model Regrasi. Hasil kajian yang diperolehi melalui Model Binary Logistik hubungan signifikan antara penyertaan wanita berkahwin dengan pekerjaan. Manakala hubungan yang tidak signifikan antara penyertaan wanita berkahwin dengan taraf perkahwinan, tahap pendidikan, tempat tinggal, pendapatan suami yang rendah, bilangan anak, sebab penyertaan wanita dan bilangan isi rumah. Manakala hasil kajian melalui Model Regrasi penyertaan wanita yang belum berkahwin dengan penyertaan wanita berkahwin mempunyai hubungan yang kuat dengan Keluaran Dalam Negara Kasar. Kesimpulannya pelbagai langkah-langkah telah dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan. Kerajaan merangka strategi-strategi yang khusus bagi menggalakkan wanita melibatkan diri dalam sektor pekerjaan selaras dengan negara yang melangkah ke fasa baru pembangunan bagi menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9853
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 37 FPE 2 2009 Abstract.pdf361.9 kBAdobe PDFView/Open
LP 37 FPE 2 2009 Full text.pdf4.77 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.