Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9849
Title: Perancangan bagi pengekalan pelancongan di Pantai Kemasik, Terengganu
Authors: Nor Sazarina Mohd Azmi
Keywords: Nor Sazarina Mohd Azmi
LP 41 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sektor peiancongan merupakan salah satu sektor yang penting bagi sesebuah negara. Negara yang mampu mengekalkan pembangunan sektor pelancongan yang berterusan dan mapan secara tidak langsung dapat memajukan sektcr ekonomi di negara tersebut dengan peningkatan hasil melalui kemajuan dalam sektor pelancongan. Justeru, kajian ini merupakan kaedah perancangan bagi pengekalan pembangunan pelancongan. Kajian dilakukan di Pantai Kemasik, Terengganu. Fokus utama adalah untuk melihat sejauh mana kepuasan pelancong terhadap kemudahan yang disediakan di kawasan pantai berkenaan. Data yang digunakan adalah data primer yang diperolehi meialui hasil soal selidik ke atas seratus orang responden. Melalui hasil soal selidik, komen dan bentuk perancangan yang diberikan oleh responden dianalisis bagi menunjukkan sejauh mana bentuk perancangan tersebut mampu mengekalkan aktiviti pelancongan di kawasan kajian. Analisis data yang dibuat adalah menggunakan kaedah analisis deskriptif dan juga analisis regrasi. Hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa pembolehubah yang terlibat adalah signifikan yang menunjukkan bahawa wujud hubungan di_ antara pembolehubah bersandar dan juga pemboJehubah bebas. Secara tidak langsung, kaedah bagi pengekalan pembangunan pelancongan ini bukan sahaja boleh dipraktikkan di Pantai Kemasik, Terengganu sahaja malahan juga di seluruh kawasan pelancongan di Malaysia amnya.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9849
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 41 FPE 2 2009 Abstract.pdf535.55 kBAdobe PDFView/Open
LP 41 FPE 2 2009 Full text.pdf4.83 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.