Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9844
Title: Projek pertubuhan peladang Negeri Pahang PASFA) : impak sosioekonomi peladang di daerah Kuantan
Authors: Nurul 'Ain Salehudin
Keywords: Nurul 'Ain Salehudin
LP 46 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini menilai projek Pertubuhan Peladang Negeri Pahang terhadap sosioekonomi peladang di daerah Kuantan. Analisis Diskriptif dan model regresi digunakan dalam kajian ini. Dalam kajian ini, ia melibatkan empat pembolehubah bebas iaitu keuntungan atau prestasi projek perladangan sebagai pembolehubah bersandar, tiga pembolehubah bebas iaitu jumlah modal saham, nilai projek perladangan dan nilai khidmat kejenteraan ladang. Kajian menunjukkan sebelum ini sektor pertanian telah diabaikan dan kurang diberi perhatian tetapi realiti sebenarnya sektor pertanian mempunyai potensi yang tinggi untuk dimajukan melalui kepelbagaian yang terdapat dalam sektor ini. Sektor pertanian mampu meningkatkan kadar pertumbuhan dalam jangka panjang bagi sesebuah negara berasaskan pengetahuan yang dimiliki oleh negara tersebut contohnya dari segi kepakaran dalam teknologi bioteknologi. Penggubal dasar dalam sesebuah negara berkecenderungan menggubal polisi bagi meningkatkan pertumbuhan dalam sektor pertanian. Di akhir kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan sektor pertanian.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9844
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 46 FPE 2 2009 Abstract.pdf426.13 kBAdobe PDFView/Open
LP 46 FPE 2 2009 Full text.pdf6.48 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.