Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9842
Title: Analisis perdagangan elektrik dan elektronik ke atas pertumbuhan ekonomi Malaysia
Authors: Ong Fong Yin
Keywords: Ong Fong Yin
LP 48 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: lndustri elektrik dan elektronik (E&E) adalah penggerak utama kepada pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia. lndustri E&E telah menyumbang nilai tambah tertinggi kepada sektor pembuatan Malaysia pada tahun 2007. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor FDI dan eksport E&E yang mempengaruhi perkembangan sektor pembuatan dan kesannya kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kajian ini menggunakan model Regresi Berbilang dan hasil yang diperolehi menunjukan FDI mempunyai hubungan songsang dengan KDNK. Manakala eksport E&E mempunyai hubungan positif dengan KDNK. Hasil keputusan yang dianalisis dengan menggunakan perisian E-View telah menunjukkan ketiga-tiga pembolehubah adalah pegun. Tetapi, ketiga-tiga pembolehubah diuji lagi dengan ujian VAR dan ujian Granger Causaliti yang menunjukkan tiada hubungan dalam jangka masa panjang. Keseluruhan hasil keputusan yang diperolehi telah menunjukkan ketiga-tiga pembolehubah tiada hubung kait antara satu sama lain dalam jangka masa panjang. Walaupun ketiga-tiga pembolehubah tiada hubungan kait namun nilai kebarangkalian dalam ujian Ramsey dan ujian LM masih menunjukkan signifikan dalam FDI dan eksport E&E.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9842
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 48 FPE 2 2009 Abstract.pdf403.23 kBAdobe PDFView/Open
LP 48 FPE 2 2009 Full text.pdf3.02 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.