Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9841
Title: Keutamaan masyarakat terhadap peningkatan kualiti air sungai : kajian kes Sungai Petani, Kedah
Authors: Rashihah Ahmad
Keywords: Rashihah Ahmad
LP 49 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sungai Petani merupakan salah satu sungai angkat bagi kerajaan negeri Kedah yang akan dipulih dan dipelihara dibawah Program Satu Negeri Satu Sungai. Objektif program ini adalah bagi memastikan sungai bersih, hidup dan bemilai dengan mencapai kualiti air kelas II menjelang 2015 (JPS,2008). Manakala kertas kerja ini akan melihat sejauh mana masyarakat akan menerima faedah daripada program tersebut. Laporan kertas kerja akan menggangarkan nilai kepada peningkatan kualiti air sungai menggunakan kaedah CVM dengan aplikasi format pilihan dikotomi. Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesanggupan membayar pengguna (WTP) dalam peningkatan kualiti air sungai, menganggarkan nilai WTP maksimum masyarakat dalam peningkatan kualiti air sungai dan mengira faedah bersih masyarakat terhadap peningkatan kualiti air sungai. Hasil kajian mendapati angggaran nilai WTP adalah sebanyak RM 3.87701 sebagi tambahan kepada bil utiliti bulanan bagi neningkatan kualiti air sungai. Hasil kajian akan membantu pembuat keputusan terutamaannya kerajaan persekutuan dalam menggubal polisi berkaitan dengan peningkatan kualiti air sungai. Selain itu juga, hasil kajian dapat membantu kesedaran masyarakat dalam menjaga alam sekitar terutamanya terhadap kualiti air sungai.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9841
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 49 FPE 2 2009 Abstract.pdf592.7 kBAdobe PDFView/Open
LP 49 FPE 2 2009 Full text.pdf4.62 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.