Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9839
Title: | Analisis diskriminasi upah terhadap buruh wanita dalam industri perkilangan di Sabah |
Authors: | Rohani Massakirang |
Keywords: | Rohani Massakirang LP 51 FPE 2 2009 |
Issue Date: | 2009 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis diskriminasi upah terhadap pekerja wanita dalam industri perkilangan di Sabah. Selain itu, kajian turut mengkaji latar belakang ekonomi pekerja wanita, mengkaji sama ada berlaku diskriminasi upah di kalangan pekerja wanita dan menganalisis sebab berlaku atau tidak diskriminasi upah dalam industri perkilangan di kalangan pekerja wanita. Method yang digunakan dalam kajian ini adalah pengumpulan data primer di mana beberapa buah kilang dipilih sebagai sampel. KilangĀ kilang yang dipilih pula tertumpu di dua buah daerah di Sabah iaitu Lahad Datu dan Tawau. Selain itu, untuk melihat perbezaan kadar bayaran upah antara pekerja wanita dan lelaki, persamaan Oaxaca turut digunakan dan didapati terdapat perbezaan upah sebanyak RM5.l 9 di antara pekerja wanita dan lelaki. Keputusan analisis menunjukkan tidak berlaku diskriminasi dari segi bayaran upah di kalangan pekerja wanita di Sabah. Berdasarkan dapatan kajian, cadangan dapat dibuat seperti kesaksamaan gender di mana ia diharapkan dapat membasmi diskriminasi gender dalam pelbagai bidang termasuk perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan ekonomi. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9839 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 51 FPE 2 2009 Abstract.pdf | 432.74 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 51 FPE 2 2009 Full text.pdf | 5.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.