Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9836
Title: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia peneraju hasil kerajaan
Authors: Sakinah Mohd Repangi
Keywords: Sakinah Mohd Repangi
LP 54 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Penubuhan LHDNM membolehkan jentera pentadbiran beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan di dalam meningkatkan keupayaan bukan sahaja dari segi produktiviti tetapi juga untuk mencapai kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan melalui sistem pengurusan yang bercirikan fleksibiliti dan profesionalisme dan juga merupakan kesinambungan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk memastikan tidak berlaku kepincangan kepada prasarana jentera kerajaan yang sedia ada. LHDNM bertindak sebagai ejen kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran berkaitan dengan percukaian atau hasil lain yang telah ditentukan dan dipersetujui diantara kerajaan dan lembaga. Peningkatan cukai mungkin boleh dipengaruhi oleh pelbagai factor seperti kesan peningkatan pendapatan rakyat, pertambahan jumlah pembayar cukai dan faktor ekonomi semasa negara. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan melihat peranan LHDNM sebagai peneraju hasil kerajaan persekutuan. Analisis ekonometrik digunakan untuk mendapatkan keputusan akhir bagi menjawab objektif kajian yang sebenar. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa hasil kerajaan persekutuan mempunyai hubungan secara langsung dengan semua pembolehubah babs yang digunakan seperti cukai petroleum, cukai lain-lain, cukai pendapatan dan duti setem. Penemuan kajian menunjukkan bahawa hasil kerajaan persekutuan merupakan faktor penting di dalam peningkatan tingkat cukai pendapatan dan terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi pungutan hasil kerajaan persekutuan.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9836
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 54 FPE 2 2009 Abstract.pdf497.21 kBAdobe PDFView/Open
LP 54 FPE 2 2009 Full text.pdf3.02 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.