Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9835
Title: Interaksi antara KDNK, KLCI, dagangan antarabangsa dan rizab negara
Authors: Salmi Othman
Keywords: Salmi Othman
LP 55 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kesan daripada kemelesetan ekonomi dunia terutamanya krisis kewangan Amerika Syarikat menunjukkan kepentingan memahami faktor-faktor atau indikator-indikator yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi Negara. Kajian ini akan membincangkan analisis empirikal berkaitan interaksi antara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Kuala Lumpur lndeks Komposit (KLCI), dagangan antarabangsa dan rizab negara. la penting untuk dilaksanakan bagi menjelaskan bagaimana perubahan indikator-indikator ini berlaku dan kesannya ke atas pertumbuhan ekonomi Negara bagi melihat hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah menggunakan analisis ekonometrik bagi menentukan dinamik jangka panjang. Keputusan menunjukkan semua pembolehubah­ pembolehubah kajian mempunyai hubungan yang positif dengan pertumbuhan ekonomi kecuali import bagi tempoh jangka masa panjang. Keputusan ujian kestabilan menunjukkan bahawa masalah yang wujud dalam kajian ini adalah disebabkan oleh data siri masa kerap mengalami masalah kitaran ekonomi. Kajian ini mendapati bahawa peranan pihak kerajaan adalah penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi adalah selaras dengan kemajuan Negara.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9835
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 55 FPE 2 2009 Abstract.pdf418.81 kBAdobe PDFView/Open
LP 55 FPE 2 2009 Full text.pdf2.84 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.