Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9833
Title: Analisis mengenai kenaikan harga minyak petrol dan kesannya terhadap sosioekonomi masyarakat di Negeri Terengganu
Authors: Shobana Rajandaran
Keywords: Shobana Rajandaran
LP 57 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kenaikan harga minyak petrol merupakan satu masalah yang sering diperkatakan dikalangan masyarakat. Didapati kenaikan harga minyak memberi kesan kepada masyarakat dari segi taraf hidup, kuasa beli, ketidak seimbangan bajet dan sebagainya. Maka dengan itu, objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah untuk mengkaji kesan akibat kenaikan harga minyak terhadap sosioekonomi masyarakat di negeri Terengganu. Berdasarkan kajian-kajian yang lepas oleh Richard Westoby (1986) telah membuktikan bahawa kenaikan harga minyak memberi kesan negatif kepada perubahan terhadap GDP dalam sesebuah negara. Manakala kajian yang dilakukan oleh Pindycks (1999), menyatakan bahawa kenaikan harga minyak mengubah taraf hidup seseorang dari segi kuasa beli pengguna akan menurun akibat daripada kenaikan harga minyak. Justeru itu, menerusi kajian ini, kaedah soal selidik digunakan dengan mengambil kira data primer bagi 145 orang responden di negeri Terengganu. Kaedah statistik telah digunakan iaitu melalui pengujian nilai-p (p-value) dengan aras keertian (a) 0.05 yang mana pengujian ini dilakukan untuk melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan terhadap pembolehubah dengan menggunakan pakej SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kenaikan harga minyak dengan pendapatan, taraf hidup, kenaikan harga barang, kos sara hidup, keseimbangan bajet sebulan dan simpanan. Kesimpulannya, pelbagai cadangan telah dikemukakan bagi mengurangkan masalah kenaikan harga minyak terhadap di kalangan masyarakat.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9833
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 57 FPE 2 2009 Abstract.pdf418.38 kBAdobe PDFView/Open
LP 57 FPE 2 2009 Full text.pdf4.4 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.