Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9832
Title: Impak limpahan pembangunan fizikal terhadap sosio-ekonomi masyarakat : kajian kes di Kuala Terengganu
Authors: Siti Noraini Miskan
Keywords: Siti Noraini Miskan
LP 58 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Penyelidikan ini lebih memfokuskan kepada penyelidikan untuk melihat sejauhmana impak limpahan pembangunan fizikal di Kuala Terengganu terhadap sosioekonomi masyarakatnya. Kajian ini dilakukan menggunakan data sekunder iaitu soal selidik responden seramai 200 orang penduduk sekitar Kuala Terengganu sahaja dan penganalisaan dilakukan menggunakan kaedah diskriptif dan pengujian model binomial logit. Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan adanya pembangunan projek-projek di Kuala Terengganu ini akan memberi impak limpahan pembangunan terhadap sosioekonomi penduduk setempat. Hal ini dibuktikan dengan hasil kajian yang diperolehi iaitu majoriti masyarakat secara umumnya mengatakan bahawa menerima limpahan daripada pembangunan fizikal tersebut. Dari segi persepsi masyarakat mengatakan bahawa adanya peluang pemiagaan dan peningkatan infrastruktur menunjukkan projek-projek pembangunan di Kuala Terengganu memberi impak limpahan kepada reponden sekaligus kepada masyarakat. Dapatan dalam kajian ini sekaligus dapat memperlihatkan terdapatnya kelemahan perancangan pembangunan di Kuala Terengganu dalam mengintegrasikan hubungan pembangunan projek-projek bagi peningkatan sosioekonomi masyarakat yang lebih baik. Berdasarkan daripada hasil penyelidikan ini pihak yang terlibat haruslah memfokuskan perancangan pembangunan projek-projek fizikal agar diteliti dan disemak semula kearah strategi pembangunan yang lebih menyeluruh.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9832
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 58 FPE 2 2009 Abstract.pdf564.38 kBAdobe PDFView/Open
LP 58 FPE 2 2009 Full text.pdf4.16 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.