Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9829
Title: Peranan institusi zakat sebagai agen pembasmi kemiskinan umat Islam kajian kes di Negeri Melaka
Authors: Siti Sukainah Alias
Keywords: Siti Sukainah Alias
LP 61 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Masalah kemiskinan masih lagi menjadi momok yang membelenggu kerajaan dan seringkali dikaitkan dengan umat Islam. Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga yang wajib dlaksanakan bagi semua umat lslam.Kutipan zakat akan diagihkan kepada lapan asnaf yang layak meliputi fakir dan miskin. Sejajar dengan funsi sosial, zakat memiliki rah membasmi kemiskinan dan berkongsi kebahagiaan antara golongan kaya dan miskin, mengajar umat islam membersihkan diri dan menjauhkan sifat tamak yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam. Kini, pengurusan Pusat Pungutan zakat diletakkan d bawah pengawasan Majlis Agama Islam. Maka tidak hairanlah wujud perbezaan dari segi pengurusan dan pentadbiran dalam pengagihan zakat. Keadaan ini mewujudkan persoalan iaitu sejauhmanakah keberkesanan zakat dapat membasmi kemiskinan masyarakat Islam di Malaysia amnya dan di Negeri Melaka khasnya. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah analisis ekonometrik akan digunakan bagi memperkukuh hasil keputusan akhir dengan melihat hubungan antara pembolehubah­ pembolehubah yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan jangka masa pendek antara semua pembolehubah. Dapatan kajian juga menunjukkan kadar kemiskinan mempunyai pengaruh terhadap bilangan fakir miskin. lni bersesuaian dengan situasi sekarang di mana apabila kadar kemiskinan menurun, jumlah fakir miskin dalam masyarat juga akan menurun.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9829
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 61 FPE 2 2009 Abstract.pdf423.13 kBAdobe PDFView/Open
LP 61 FPE 2 2009 Full text.pdf2.82 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.