Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9824
Title: Prestasi sektor pelancongan dan impak kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah
Authors: Yap Lee Chin
Keywords: Yap Lee Chin
LP 66 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sabah merupakan sebuah negeri yang terletak di Sahagian Utara Borneo dan ia telah dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah bayu". Negeri Sabah adalah salah satu daripada destinasi pelancongan utama di Malaysia. Negeri ini kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti Gunung Kinabalu, Taman Kinabalu, Pulau Sipadan, Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Tiga, dan Pusat Rehabilitasi Orang Utan Sepilok. Selain itu, kepelbagaian suku kaum yang terdapat di negeri ini dapat menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara untuk melawat negeri ini. Sektor pelancongan memberi sumbangan kepada aktiviti ekonomi negeri. Tujuan kajian ini adalah bagi mengukur prestasi dan impak pelancongan kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini. Data siri masa yang digunakan dalam kajian ini mulai tahun 1995 hingga tahun 2006 untuk menganalisis kesan ketibaan pelancong domestik terhadap pertumbuhan ekonomi negeri. Terdapat dua pembolehubah pelancongan yang digunakan dalam kajian ini iaitu ketibaan tempatan dan pendapatan pelancongan (tourism receipt). Selain itu, soal selidik juga digunakan mengenal pasti penentu ketibaan pelancong domestik ke negeri Sabah. Dapatan kajian mengenlpasti bahawa ketibaan pelancong domestik dipengaruhi faktor penawaran seperti tahap kebersihan destinasi pelancongan dan kemudahan infrastruktur yang ditawarkan oleh sektor pelancongan. Dapatan kajian juga menunjukkan impak sektor pelancongan memberi kesan positif ke atas pertumbuhan ekonomi negeri ini.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9824
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 66 FPE 2 2009 Abstract.pdf357.38 kBAdobe PDFView/Open
LP 66 FPE 2 2009 Full text.pdf3.27 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.