Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9791
Title: Hubungan keutamaan intuisyenistik dalam pemilihan hotel
Authors: Mukminah Darus
Keywords: Mukminah Darus
LP 17 FST 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pembuatan keputusan adalah cukup penting untuk kesempurnaan di dalam kehidupan. Begitu halnya dalam pemilihan hotel yang memerlukan proses pembuatan keputusan supaya keputusan yang terhasil adalah tepat dan berkesan. Justeru, kajian ini mencadangkan satu kaedah pembuatan keputusan pemilihan hotel yang efektif melalui pendekatan set kabur intuisyenistik dengan mempertimbangkan kriteria keselesaan, perkhidmatan, harga, kemudahan dan keselesaan. Set kabur intuisyenistik dicirikan oleh fungsi keahlian dan fungsi bukan keahlian. Seterusnya satu pendekatan dibangunkan dengan membuat kaedah pembuatan keputusan berdasarkan hubungan­ hubungan keutamaan intuisyenistik dengan operator purata aritmetik kabur intuisyenistik dan operator purata aritmetik kabur intuisyenistik berpemberat yang digunakan untuk mengagregatkan maklumat keutamaan intuisyenistik. Fungsi skor dan fungsi tepat juga digunakan untuk menilai kedudukan dalam proses pemilihan altematif-altematif. Fungsi skor yang lebih besar menunjukkan altematif yang lebih diutamakan, manakala nilai fungsi tepat yang lebih besar merupakan altematif yang paling tidak diutamakan. Hasil kajian mendapati hotel yang menyediakan perkhidmatan terbaik, keselesaan dan keselamatan yang rapi dengan harga yang rendah adalah lebih diutamakan berbanding hotel yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan harga yang lebih tinggi. Pendekatan set kabur intuisyenistik dilihat mampu menyelesaikan masalah pemilihan hotel.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9791
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 17 FST 2 2009 Abstract.pdf454.69 kBAdobe PDFView/Open
LP 17 FST 2 2009 Full text.pdf2.06 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.