Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9789
Title: "Kesengsaraan berganda-kemiskinan dan kanser' : kemiskinan menyebabkan kesukaran untuk pesakit kanser sembuh
Authors: Noor Aisyah Md Arifin
Keywords: Noor Aisyah Md Arifin
LP 19 FST 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Penyakit kanser sering dikaitkan dengan kemiskinan yang mana akan menyumbang kepada peningkatan dalam kadar kematian akibat kanser. Kanser pula merupakan pembunuh nombor satu bagi kaum wanita di Malaysia. Akan tetapi, kemiskinan bukanlah faktor utama yang menyebabkan kesukaran untuk pesakit kanser sembuh. Kajian ini dijalankan adalah penting untuk mengkaji kekuatan hubungan antara kemiskinan dengan faktor umur, jantina dan keadaan geografi pesakit kanser yang mana menyebabkan kesukaran untuk pesakit sembuh dan memberikan kesengsaraan berganda kepada mereka. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang pesakit telah digunakan untuk melihat kesengsaraan berganda pesakit dan data yang diperolehi dikaji menggunakan Model Regresi Linear Berganda untuk mengkaji kekuatan hubungan antara kemiskinan dengan faktor umur, jantina dan keadaan geografi pesakit. Dalam model ini faktor umur, jantina dan keadaan geografi mewakili sebagai pembolehubah tidak bersandar manakala kemiskinan mewakili sebagai pembolehubah bersandar. Melalui kajian ini didapati bahawa faktor umur dan jantina tidak bererti kepada model dan hanya faktor keadaan geografi yang bererti kepada model dan mempengaruhi kesukaran pesakit untuk sembuh. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa kemiskinan bukanlah faktor utama yang menyebabkan kesukaran untuk pesakit kanser sembuh.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9789
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 19 FST 2 2009 Abstract.pdf551.46 kBAdobe PDFView/Open
LP 19 FST 2 2009 Full text.pdf2 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.