Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9786
Title: Penentuan kadar faedah dan harga derivatif menggunakan kamiran romberg
Authors: Nor Shuhada Yasin
Keywords: Nor Shuhada Yasin
LP 22 FST 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Perkembangan derivatif amat ketara dalam pasaran kewangan. Derivatif merupakan satu alat kewangan yang menyediakan tanpa bayaran ( payoff) bergantung kepada nilai alat kewangan yang lain seperti bon. Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa permasalahan yang perlu diselesaikan iaitu menentukan kadar faedah dan harga derivatif. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menyelesaikan kadar faedah dan menetapkan harga derivatif. Kajian ini menggunakan kaedah kamiran romberg supaya kadar faedah dan harga derivatif dapat ditentukan. Kaedah Kamiran Romberg merupakan kaedah yang menggunakan petua Gabungan Trapezium untuk memberi permulaan penghampiran dan kemudian menggunakan proses penentu luaran Richardson untuk menambahkan penghampiran. Kajian ini menentukan kadar faedah dan harga derivatif mengikut formula Feyman-Kac. Dalam kajian ini, persamaan bagi kadar faedah dapat diperoleh dan nilainya menghampiri nilai dalam data. Kajian ini penting dalam menyelesaikan kadar faedah dan menetapkan harga derivatif. Hal ini kerana, apabila harga derivatif diketahui, pelabur dapat mengetahui kadar faedah yang dikenakan ke atas setiap jualan derivatif tersebut.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9786
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 22 FST 2 2009 Abstract.pdf517.81 kBAdobe PDFView/Open
LP 22 FST 2 2009 Full text.pdf2.13 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.