Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9785
Title: Faktor-faktor kenaikan harga barang : pendekatan analisis PATH
Authors: Norizzati Daud @ Ab. Aziz
Keywords: Norizzati Daud @ Ab. Aziz
LP 23 FST 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kenaikan harga barang telah membimbangkan banyak pihak terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Kenaikan ini disebabkan oleh banyak faktor. Oleh itu, satu kajian untuk mengenalpasti faktor-faktor tersebut telah dijalankan. Dalam kajian ini, Analisis Path telah digunakan untuk mengkaji faktorĀ­ faktor yang mempengaruhi kenaikan harga barang. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, gambarajah input Analisis Path dilakarkan. Daripada gambarajah tersebut, beberapa persamaan dapat dibina. Nilai pekali path ditentukan berdasarkan nilai beta daripada analisis regresi dengan menggunakan persamaao tersebut. Pekali path ini menunjukkan kekuatan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat. Antara faktor-faktor yang terlibat dalam kajian ini ini ialah faktor harga petrol, faktor inflasi, faktor kawasan, faktor permintaan dan faktor pengeluaran. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa faktor inflasi (0.881) adalah faktor yang paling kuat menyumbang kepada kenaikan harga barang diikuti dengan faktor petrol (0.504 dan 0.184), faktor pengeluaran (0.224 dan 0.163), faktor permintaan (-0.057) dan faktor kawasan (-0.140). Melalui Analisis Path ini, faktor utama bagi kenaikan harga barang dapat dikenalpasti disamping faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada kenaikan harga barang.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9785
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 23 FST 2 2009 Abstract.pdf539.62 kBAdobe PDFView/Open
LP 23 FST 2 2009 Full text.pdf2.38 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.