Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9784
Title: Kemeruapan pulangan pasaran indeks syariah Kuala Lumpur (KLSI) menerusi sektor dagangan / khidmat : analisis model garch
Authors: Nur Amanina Zawali
Keywords: Nur Amanina Zawali
LP 24 FST 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kemeruapan boleh ditakrifkan sebagai serakan terhadap purata pulangan saham atau lebih dikenali sebagai varians. Semakin kerap turun naik harga di pasaran, semakin tinggi darjah kemeruapannya. Oleh itu, kaj ian mengenai kemeruapan terhadap pulangan lndeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI) adalah amat berguna. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis gelagat kemeruapan pulangan KLSI yang diberi tumpuan kepada enam buah Sekuriti Lulus Syariah di dalam sektor Dagangan/Khidmat dan menganalisis sifat keberterusan kemeruapannya. Dalam kajian ini, model GARCH digunakan bagi menganalisis kemeruapan pulangan KLSI. Dapatan menunjukkan kemeruapan KLSI adalah tinggi dan setaraf dengan komponen indeks yang lain seperti komponen konvensional. Kemunculan Sekuriti Lulus Syariah telah membuka lembaran baru dalam aktiviti ekonomi dan pasaran modal Islam di Malaysia. lni adalah kerana pelancaran KLSI telah menarik ramai pelabur di dalam dan luar negara yang berminat kepada pelaburan Islam. Dapatan menunjukkan bahawa pengetahuan tentang gelagat kemeruapan pulangan saham pada masa hadapan penting bagi membantu untuk membuat keputusan tentang pemasaran dalam pelaburan. Dengan itu, hasrat kerajaan supaya jumlah pegangan ekuiti Islam dalam negara dipertingkatkan dan seterusnya menjadi pusat pasaran modal Islam serantau.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9784
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 24 FST 2 2009 Abstract.pdf514.72 kBAdobe PDFView/Open
LP 24 FST 2 2009 Full text.pdf1.39 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.