Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9781
Title: Peramalan jumlah pengeluaran kereta menggunakan model cobb-douglas : kajian kes di syarikat Perodua
Authors: Nurul Asma Ayob
Keywords: Nurul Asma Ayob
LP 27 FST 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pengeluaran amat dipengaruhi oleh jumlah pekerja dan modal kerana mempengaruhi keuntungan sesebuah Syarikat. Oleh itu, amat penting untuk sesebuah syarikat meramal jumlah pengeluaran yang hendak dikeluarkan. Dalam kajian ini Model pengeluaran Cobb-Douglas digunakan untuk melihat hubungan antara jumlah pengeluaran kereta terhadap jumlah pekerja dan modal. Dengan menggunakan Model Cobb-Douglas jumlah pengeluaran kereta sebagai pembolehubah bersandar manakala jumlah pekerja dan modal sebagai pembolehubah tak bersandar atau peramal. Data­ data mengenai jumlah pengeluaran kereta, jumlah pekerja dan modal diperolehi daripada Syarikat Perodua daripada tahun 2000 - 2007. Melalui model ini jumlah pengeluaran kereta di Perodua terhadap jumlah pekerja dan modal dapat ditentukan. Kajian ini juga mendapati bahawa kereta Kancil dan kereta Myvi merupakan kereta yang mempunyai jumlah pengeluaran yang tinggi iaitu masing-masing sebanyak 438,839 buah dan 199,884 buah. lni bennakna jenama kereta merupakan faktor yang menyumbangkan kepada peningkatan jumlah pengeluaran kereta di Syarikat Perodua.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9781
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 27 FST 2 2009 Abstract.pdf510.98 kBAdobe PDFView/Open
LP 27 FST 2 2009 Full text.pdf1.82 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.