Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9772
Title: | Faktor yang mempengaruhi dan tujuan penggunaan ICT di kalangan pelajar Matematik tahun tiga UMT |
Authors: | Vani Subramaniom |
Keywords: | Vani Subramaniom LP 36 FST 2 2009 |
Issue Date: | 2009 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sangat bermanfaat jika digunakan secara positif. Namun kesan negatifnya juga tidak dapat diabaikan terutamanya di kalangan para pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Jadi, penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor dan tujuan yang mempengaruhi mereka menggunakan ICT. Teknik borang kaji selidik telah digunakan dan seramai 100 orang pelajar Matematik Kewangan dan Komputasi tahun 3 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dipilih dalam kajian ini. Model regresi berganda bagi faktor dan tujuan telah dihasilkan dengan menggunakan SPSS versi 11.5. Ujian yang dijalankan adalah Ujian-F dan Ujian-t. Dengan menggunakan a = 0.05, keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor yang paling dominan yang mempengaruhi penggunaan JCT di kalangan para pelajar ini adalah faktor minat yang mencatat nilai min yang tertinggi iaitu 0.694571. Manakala, tujuan mengakses maklumat pula menunjukkan nilai minnya yang tertinggi iaitu sebanyak 0.848000, sekaligus mencatatkan tujuan yang paling dominan. Hasil kajian menunjukkan bahawa, daripada 4 faktor dan 9 tujuan yang dikaji, terdapat hanya satu pembolehubah tak bersandar iaitu tujuan pembelajaran (r = 0.376, p = 0.071) yang mempunyai hubungan yang tidak signifikan dengan tahap penggunaan ICT di kalangan pelajarĀ pelajar Matematik di UMT. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9772 |
Appears in Collections: | Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 36 FST 2 2009 Abstract.pdf | 488.04 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 36 FST 2 2009 Full text.pdf | 3.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.