Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9769
Title: Pemodelan pusuan ribut di Laut China Selatan akibat ribut tropika greg
Authors: Chin Jian Hwa
Keywords: Chin Jian Hwa
LP 4 FST 3 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Semasa berlakunya suatu siklon tropika, pusuan ribut biasanya akan menyebabkan kehilangan beribu-ribu nyawa manusia dan kerosakan harta bagi sesebuah negara. Secara amnya, pusuan ribut ialah kenaikan paras air laut secara mendadak di laut yang diaruh oleh keadaan cuaca melampau yang dicetuskan oleh siklon tropika. Pusuan ribut boleh menyebabkan banjir yang serius terutamanya di kawasan pantai yang rendah. Negara Malaysia merupakan antara salah satu rantau khatulistiwa yang dikatakan selamat daripada siklon tropika. Waiau bagaimanapun, siklon tropika Greg yang telah melanda kawasan pesisiran Sabah di Malaysia pada 26 Disember 1996 telah menyebabkan banjir yang serius di beberapa kawasan rendah. Untuk menyediakan satu sistem amaran yang sesuai, suatu simulasi berangka telah dijalankan untuk menyelidik pusuan ribut yang diaruh oleh siklon tropika Greg. Suatu model dalaman yang ditadbir oleh persamaan air cetek dua dimensi berintegrasi kedalaman digunakan bagi tujuan ini. Oleh kerana kesukaran bagi mendapatkan penyelesaian tepat bagi persamaan-persamaan ini, ianya diselesaikan dengan menggunakan kaedah beza terhingga tak tersirat berdasarkan syarat kestabilan yang telah dicadangkan oleh Courant-Friedrich-Lewy. Input cuaca yang digunakan dalam model ini dikira dengan menggunakan model ribut paksi bersimetri dengan data-data diperolehi daripada pengkalan data internet. Simulasi pusuan ribut menunjukkan halaju arus maksimum adalah sebanyak 4.7 ms- yang berlaku berhampiran kawasan perairan manakala puncak pusuan maksimum yang disimulasi adalah kira-kira 1.2 m. Keputusan model simulasi adalah dalam keadaan memuaskan dengan data yang diperhatikan. Kajian ini diketahui telah memberikan beberapa pengetahuan awal bagi ramalan pusuan ribut dan dalam pembangunan suatu sistem amaran pada masa akan datang.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9769
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 4 FST 3 2009 Abstract.pdf480.75 kBAdobe PDFView/Open
LP 4 FST 3 2009 Full text.pdf5 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.