Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9764
Title: Kajian epidemiologi penyakit toxoplasmosis dan penyakit aids melalui pemodelan sir
Authors: Lim Kah Boon
Keywords: Lim Kah Boon
LP 9 FST 3 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini telah menggunakan pemodelan matematik sebagai suatu metodologi kontemporari untuk meramal penyebaran penyakit Toxoplasmosis dan penyakit HIV/ AIDS berdasarkan parameter-parameter tertentu. Model matematik bagi kedua­ dua jenis penyakit yang dikaji ini diadaptasi daripada model asal iaitu model SIR. Kaedah berangka yang digunakan dalam kajian ini untuk menyelesaikan model ialah kaedah Euler. Selain itu, nilai Eigen yang diperolehi dengan menyelesaikan matrik Jacobian bagi model dalam kajian ini telah digunakan untuk meramal kestabilan model tersebut. Bagi penyakit Toxoplasmosis, tiga kes simulasi dengan penggunaan nilai parameter yang berbeza telah dijalankan. Usaha ini bertujuan untuk mensimulasikan keadaan penyakit pada keadaan yang sebenar. Manakala, bagi penyakit HIV/ AIDS pula, sejumlah lima kes simulasi berangka telah dijalankan. Kes simulasi pertama mensimulasi keadaan penyakit dengan isu imigrasi. Empat kes simulasi yang lain dijalankan untuk menunjukkan sama ada model penyakit ini berada dalam keadaan stabil sejagat atau sebaliknya. Kesimpulannya, kes-kes simulasi yang dijalankan menunjukkan kedua-dua model penyakit mencapai keadaan kestabilan. Keputusan daripada simulasi berangka juga dapat menggambarkan keadaan sebenar bagaimana penyakit tersebut boleh dikawal oleh manusia dengan berkesan.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9764
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 9 FST 3 2009 Abstract.pdf501.62 kBAdobe PDFView/Open
LP 9 FST 3 2009 Full text.pdf1.8 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.