Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9757
Title: Meminimumkan bilangan pengguna tempat letak kenderaan di kampus UMT dengan menggunakan pengaturcaraan linear (kaedah simpleks)
Authors: Nur Azlida Ahmad
Keywords: Nur Azlida Ahmad
LP 16 FST 3 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Dalam kajian ini, bilangan tempat letak kenderaan di kawasan yang banyak penggunaannya diambilkira bagi memenuhi kehendak pengguna kenderaan agar kenderaan mereka tidak menghalang lalu lintas dan berada dalam keadaan selamat. Kaedah pengaturcaraan linear dengan menggunakan perisian LINDO 6.1 digunakan untuk memperolehi penyelesaian yang sistematik untuk penambahan atau peningk.atan kawasan tempat letak kenderaan di kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Hasil kajian mendapati, pengurangan bilangan pengguna tempat letak kenderaan adalah langk.ah yang terbaik bagi mengatasi masalah lalulintas dan kekurangan tempat letak kenderaan sekaligus dapat memaksimumkan bilangan lot tempat letak kenderaan. Dalam kajian ini, kampus UMT menjadi sasaran, khususnya di kawasan Fakulti Sains dan Teknologi ( FST ), kompleks kuliah dan perpustakaan(PSNZ). Kawasan-kawasan yang terpilih ini, dikenalpasti mengalami masalah kekurangan tempat letak kenderaan yang serius terutama kenderaan seperti kereta. Waiau bagaimanapun, kenderaan seperti motosikal tidak mengalami sebarang masalah yang serius berbanding kereta kerana peningk.atan penggunaan kenderaan seperti kereta semakin meningk.at di kalangan pelajar mahupun kakitangan akibat faktor-faktor yang tidak dapat dielak seperti ketidaktentuan cuaca. Oleh sebab itu, permintaan terhadap tempat letak kenderaan bertambah dan UMT dapat menampung permintaan ini berdasarkan kajian ini. Sumbangan kepada dunia ilmu pula, kajian ini boleh dijadikan rujukan atau panduan bagi permasalahan tempat letak kenderaan secara global kerana hasil kajian yang diperoleh adalah universal.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9757
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 16 FST 3 2009 Abstract.pdf542.73 kBAdobe PDFView/Open
LP 16 FST 3 2009 Full text.pdf3.35 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.