Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9745
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorYeoh Seok Heon-
dc.date.accessioned2018-10-10T00:58:59Z-
dc.date.available2018-10-10T00:58:59Z-
dc.date.issued2009-
dc.identifier.urihttp://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9745-
dc.description.abstractKajian ini telah menggunakan kaedah berangka untuk menyelesaikan masalah olakan haba yang ditadbir oleh persamaan perbezaan separa jenis parabolik. Dengan membuat andaian syarat awal dan syarat sempadan yang sesuai, kaedah beza terhingga telah dipilih untuk menyelesaikan masalah olakan haba. Untuk menyelesaikan persamaan haba satu matra, empat kaedah beza terhingga telah dipilih iaitu kaedah beza ke-hadapan, kaedah beza ke-belakang, kaedah Crank-Nicolson dan kaedah DuFort-Frankel berdasarkan syarat kestabilannya. Dalam kajian ini, perbandingan yang berteraskan kepada masa pengiraan, ralat nilai simulasi dan ralat min kuasa dua (dengan penyelesaian tepat) telah dijalankan untuk mengenalpasti kaedah yang terbaik. Keputusan ujikaji telah menunjukkan kaedah beza ke-hadapan merupakan kaedah terbaik diikuti dengan kaedah DuFort-Frankel, kaedah Crank­ Nicolson dan kaedah beza ke-belakang. Seterusnya, kaedah beza ke-hadapan telah dipilih untuk menyelesaikan masalah olakan haba dua matra bagi suatu bar lurus atau plat bersegi empat sama yang diperbuat daripada satu bahan yang homogen. Masalah olakan haba dua matra dikaji dengan membandingkan nilai kemeresapan haba, o.2 yang berlainan, di mana nilai kemeresapan haba bergantung kepada ketumpatan bahan, haba tentu bahan dan pekali keberaliran haba. Tiga jenis bahan telah dipilih bagi ujikaji ini iaitu aluminium, perak dan granit. Keputusan ujikaji menunjukkan perak merupakan bahan penyebar haba yang paling baik diikuti dengan aluminium dan granit. Kajian ini mengesahkan keberkesanan penyebaran haba adalah bergantung kepada nilai kemeresapan haba.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectYeoh Seok Heonen_US
dc.subjectLP 30 FST 3 2009en_US
dc.titleSuatu kajian pemodelan olakan haba satu matra dan dua matra : perbandingan beberapa kaedah beza terhingga dan pemalar kemeresapan habaen_US
dc.typeWorking Paperen_US
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 30 FST 3 2009 Abstract.pdf542.14 kBAdobe PDFView/Open
LP 30 FST 3 2009 Full text.pdf
  Restricted Access
3.57 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.