Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9739
Title: Kekonduksian elektrik filem nipis klorofil (KLO) dan poli (3-tiopena asid asetik) (P3TAA) dalam sel solar Bulk Heterojunction
Authors: Muhamad Zulkiflli Abdul Gani
Keywords: Muhamad Zulkiflli Abdul Gani
LP 22 FST 1 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Poli (3-tiopena asid asetik) (P3T AA) adalah dianggap sebagai bahan pemancar yang paling sesuai kerana kestabilannya yang tinggi dan ciri-ciri luminositi fluksnya dalam molekul dan sesuai untuk diaplikasikan dalam pelbagai bidang termasuk bidang sensor cahaya ataupun sel solar. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan dan mencirikan filem nipis campuran P3TAA+Klo sebagai sensor cahaya. Ia meliputi proses penyediaan filem nipis campuran P3TAA+Klo melalui kaedah elektrokimia dengan menggunakan alat Elektrokimia Impedans Spektroskopi (EIS). Filem nipis campuran P3TAA+Klo yang terhasil dikaji dalam aspek sifat elektriknya .. Alat Penduga Empat Titik digunakan untuk mendapatkan nilai voltan filem nipis campuran P3TAA+Klo bagi menghasilkan nilai kekonduksian. Kekonduksian filem nipis campuran P3TAA+Klo di dalam gelap adalah 5 x 1 o- 6 S/m dan di bawah cahaya nampak pula nilai kekonduksian ialah 9 .28 x 1 o- 6 S/m .. Berdasarkan graf dapat dibuktikan bahawa kekonduksian gabungan filem nipis campuran P3TAA+Klo semakin meningkat apabila keamatan cahaya turut bertambah tetapi dalam julat yang kecil. Oleh itu, gabungan filem nipis campuran P3TAA+Klo adalah sesuai digunakan sebagai sensor cahaya ataupun dalam sel solar pada keamatan cahaya nampak di sekitar 10 hingga 50 W/m 2 . Dicadangkan juga pendopan ditambah pada gabungan campuran P3T AA+Klo untuk meningkatkan ciri-ciri kekonduksian, kandungan dan jenis pembawa cas serta menambahkan lagi julat keamatan cahaya pada kadar yang lebih tinggi untuk menghasilkan nilai kekonduksian yang lebih tinggi untuk digunakan sebagai sensor peka cahaya.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9739
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 22 FST 1 2009 Abstract.pdf517.67 kBAdobe PDFView/Open
LP 22 FST 1 2009 Full text.pdf
  Restricted Access
2.37 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.