Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9736
Title: Kajian kadar serapan sinar gama terhadap tisu tiruan daripada kulit kerang
Authors: Noorazila Md Tahir
Keywords: Noorazila Md Tahir
LP 25 FST 1 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kebelakangan ini, banyak kajian radiasi terhadap pelbagai jenis bahan dijalankan. Tujuan utama ia dijalankan adalah untuk mencari bahan terbaik yang dapat dijadikan sebagai perisai sinar gama. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kadar serapan sinar gama terhadap tisu tiruan daripada kulit kerang. Sebanyak 5 sampel tisu tiruan dengan kuantiti serbuk kulit kerang yang berbeza iaitu 20 g, 40 g, 60 g, 80 g dan 100 g diuji dengan penyinaran sinar gama. Daripada data penyinaran sinar gama yang diperolehi, didapati kuantiti serbuk kulit kerang adalah berkadar songsang dengan bilangan impuls. Kajian ini turut mengkaji peratusan kandungan bahan yang terdapat dalam kulit kerang. Didapati kulit kerang mempunyai kandungan fosforus dan kalsium yang tinggi iaitu masing-masing dengan 31.22 % dan 11.66 %. Kandungan kalsium yang tinggi dalam kulit kerang dapat digunakan dalam bidang industri dan fizik perubatan.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9736
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 25 FST 1 2009 Abstract.pdf487.63 kBAdobe PDFView/Open
LP 25 FST 1 2009 Full text.pdf
  Restricted Access
2.95 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.