Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9651
Title: Penyelesaian berangka model linear black-scholes bagi opsyen panggilan Eropah
Authors: Farriz Ghazali
Keywords: Farriz Ghazali
LP 6 FST 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Opsyen ialah kontrak yang memberikan hak namun bukan tanggungjawab untuk membeli atau menjual aset pada satu harga yang diberi dan pada masa yang telah ditetapkan. Model linear Black-Scholes telah diperkenalkan oleh Fisher Black dan Myron Scholes pada tahun 1973. Model linear Black-Scholes adalah antara model asas dalam menentukan harga opsyen. Walau bagaimanapun, model ini terbatas kepada beberapa andaian yang menyebabkan penggunaanya tidak releven di dunia ekonomi yang sebenar. Jika harga opsyen dinilai dengan tepat, maka faedah daripada penggunaannya adalah sangat banyak. Model linear Black-Scholes berbeza dengan model tak linear Black-Scholes di mana kadar kemeruapan bagi model linear Black­ Scholes adalah malar dan tidak bagi model tak linear Black-Scholes. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengaplikasikan penyelesaian berangka ke atas model linear Black-Scholes bagi mencari nilai opsyen. Kajian ini hanya ditumpukan kepada opsyen panggilan Eropah sahaja dengan penggunaan kaedah secara berangka pembezaan terhingga. Kajian mendapati nilai opsyen panggilan Eropah bagi model linear Black­ Scholes adalah stabil dan dipengaruhi beberapa faktor seperti masa, kadar faedah tanpa risiko dan kadar kemeruapan.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9651
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 6 FST 2 2009 Abstract.pdf508.13 kBAdobe PDFView/Open
LP 6 FST 2 2009 Full text.pdf
  Restricted Access
2.36 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.