Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9644
Title: Peramalan tentang pendapatan hotel : kajian kes bilangan bilik yang diduduki
Authors: Ling Shia
Keywords: Ling Shia
LP 13 FST 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Peramalan terperinci adalah satu daripada input penting untuk satu sistem pengurusan pendapatan hotel yang berjaya. Walaupun terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk meramal, tetapi kaedah peramalan yang terbaik masih merupakan satu soalan. Kajian ini menggunakan enam model peramalan untuk pengurusan pendapatan hotel iaitu Model Purata Bergerak, Pelicinan Eksponen Tunggal, Pelicinan Eksponen Berganda, Holt-Winters Tidak Bermusim, Holt-Winters Penambahan dan Holt-Winters Pendaraban. Data diperoleh dari Hotel Paramount menggunakan bilangan bilik yang diduduki. Penentuan model-model terbaik adalah ditentukan dengan mencari nilai ralat minimum seperti MAPE, MAD dan RMSE. Kajian ini menggunakan satu jenis ujian punca unit iaitu, Ujian Phillips-Perron untuk memastikan data sebenar yang telah digunakan itu mengikut satu proses siri masa yang pegun. Keputusan menunjukkan bahawa model Holt-Winters Penambahan telah menghasilkan ralat yang paling minimum, iaitu MAPE 0.0799, MAD 136.2157 dan RMSE 187.0575. Kaedah ini sesuai digunakan untuk membuat peramalan tentang pendapatan hotel dalam kes bilangan bilik yang diduduki.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9644
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 13 FST 2 2009 Abstract.pdf506.33 kBAdobe PDFView/Open
LP 13 FST 2 2009 Full text.pdf
  Restricted Access
2.13 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.