Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9569
Title: Sistem meletak kereta : paparan berkomputer bagi ruang letak yang kosong
Authors: Noor Fadzilah Hashim
Keywords: Noor Fadzilah Hashim
LP 12 FST 1 2010
Issue Date: 2010
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Penggunaan kawasan letak kereta yang meningkat seiring dengan pertambahan jumlah kenderaan mengakibatkan permintaan yang tinggi bagi perkhidmatan letak kereta. Walaubagaimapun sistem pengurusan yang sedia ada tidak menitik beratkan penggunaan masa, kos dan keselesaan pengguna. Justeru dalam langkah mengatasi masalah ini satu sistem letak kereta bersepadu yang memaparkan keadaan di dalam kawasan letak kereta direka dan dibangunkan. Menggunakan perkasasan PIC 16F877 A dan litar pengesan LDR sistem ini menggabungkan 2 jenis program iaitu perisian C dan Visual Basic 6. 0 sebagai paparan. Model bagi sistem ini bennula dengan litar pengesan LDR berhubung dengan PIC. PIC menghantar data ke hyperterminal dan dibaca oleh Visual Basic 6.0 untuk dipaparkan oleh program yang telah direka di dalamnya. Paparan akan memaparkan wama berbeza pada keadaan kosong untuk hijau dan merah untuk penuh bagi lot-lot yang telah dikelaskan. Jumlah kereta yang ada dan lot yang kosong juga dipaparkan sebagai maklumat tambahan. Apabila masuk sahaja ke kawasan letak kereta, pengguna sudah pun mempunyai idea dan tujuan lokasi lot yang dikehendaki. Masa dapat dikurangkan dan penggunaan minyak yang berlebihan bukan lagi satu masalah dalam mencari tempat letak kereta yang kosong.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9569
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 12 FST 1 2010 Abstract.pdf525.82 kBAdobe PDFView/Open
LP 12 FST 1 2010 Full text.pdf
  Restricted Access
3.18 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.