Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9561
Title: Kaedah nisbah kompromi pembuatan keputusan pelbagai atribut kabur berkumpulan
Authors: Fadhlina Abdullah Zawawi
Keywords: Fadhlina Abdullah Zawawi
LP 5 FST 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Fokus kajian projek ini adalah untuk menghasilkan satu kaedah nisbah kompromi untuk membuat keputusan pelbagai atribut kabur berkumpulan. Kajian ini tertumpu kepada pengiraan dan prosedur kaedah nisbah kompromi dan kaedah teknik persembahan berperingkat dengan persamaan kepada penyelesaian unggul (TOPSIS). Kaedah ini merupakan bahagian yang penting bagi menyokong dalam membuat keputusan pelbagai atribut kabur berkumpulan. Dalam kajian ini, semua sifat-sifat pemberat dan pengkadaran setiap altematif diambil kira serta setiap sifat diterangkan oleh terma-terma linguistik yang dijelaskan dalam nombor-nombor kabur trapezoid. Kaedah nisbah kompromi dalam membuat keputusan diperluaskan dengan memperkenalkan kedudukan indeks yang berdasarkan konsep altematif terpilih daripada penyelesaian unggul positif dan penyelesaian unggul negatif. Tambahan pula, kaedah TOPSIS diperluaskan untuk pengambilan keputusan pelbagai kriteria dengan keputusan data yang tepat dianalisis di bawah persekitaran kabur. Satu analisis perbandingan di antara kaedah nisbah kompromi dan kaedah TOPSIS kabur dibuat berdasarkan pemilihan kenderaan bagi perjalanan jarak jauh untuk menunjukkan sama ada terdapat persamaan atau perbezaan. Kedua-dua kaedah yang digunakan dalam kajian ini mempunyai keputusan yang sama di mana hasilnya menunjukkan kedudukan altematif yang menjadi pilihan adalah sama. Kajian ini turut menjelaskan bahawa setiap kriteria yang ada mempengaruhi pembuat keputusan untuk membuat keputusan dalam pemilihan kenderaan untuk perj alanan j arak j auh.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9561
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 5 FST 2 2009 Abstract.pdf490.88 kBAdobe PDFView/Open
LP 5 FST 2 2009 Full text.pdf
  Restricted Access
2.42 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.